
ada baiknya aku luahkan apa yang tersemat dihati sekian lama, agar menjadi pengajaran dan pengalaman pada aku dan orang lain...apa yang kita alami dalam kehidupan ini,adalah sama...cuma situasinya berbeza..
namun, fahamilah..seorang ayah sentiasa mahukan anak-anaknya berjaya; meskipun kasih sayangnya tidak pernah terlihat pada mata kasar kita..sebaliknya,doa dan harapan sentiasa memayungi kita, berkat keikhlasan seorang 'pendidik' bernama ayah.
....................................................................................................
....................................................................................................
november 1998-aku menamatkan zaman persekolahan.. men
jadi penganggur terhormat dikampung.berbekalkan keputusan spm yang cukup makan,aku tak tahu kemana perlu aku tuju..minat pada belajar, sudah terpadam dalam kamus hidup aku.

....................................................................................................
januari 1999- ayah menyuruh aku ke rumah pakcik saudara di temerloh..aku akur...setahun 6 bulan aku menjadi penternak ayam daging..upahnya tak seberapa, tapi aku seronok...menjaga anak ayam dari umur satu hari hingga 45 hari..dari kecil sampai boleh jual..semakin lama, aku terasa bosan...seolah-olah kehidupan aku,hanya setakat ini sahaja..
aku nekad berhijrah ke KL... (bersambung)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan