I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 18 Jun 2009

alhamdulillah...dengan hasil tuaian buah sawit,ayah dan ibuku menyara aku dari kecil hingga sekarang...aku bersyukur,meskipun aku hanya anak seorang peneroka,aku mampu buktikan aku juga mampu berjaya seperti orang lain..dulu,kehidupan kami cukup susah.aku masih ingat ibuku sanggup mengambil upah menjahit dan mengutip buah relai sawit, semata-mata membesarkan kami adik beradik..
.........................................................................................................................................................................
kini,segalanya sudah berubah..adik-beradik aku yang lain semua telah berjaya dalam hidup masing-masing,cuma tinggal aku yang masih mencari arah kehidupan yang sebenar...

Ayah...ibu; sekalipun aku dijulang jauh dilangit tinggi,namun aku tetap berpijak dibumi nyata. kasih dan pengorbananmu tetap tersemat disanubari..hanya Allah mampu membalas segalanya, dari setitik susu yang pernah kau berikan...dan sekucup ciuman yang penuh pengertian..

Ya Allah...andainya rezeki yang Kau ihsan ini untuk kami sekeluarga; aku bersyukur padamu Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan